Pages

Friday 15 July 2011

Malaysia vs Liverpool (Streaming)

Woah asanya berbulan juak dah c update blog tok eyh. Post kali tok kita nak kongsi match Malaysia lwn Liverpool. Pelikkan maka match best ada jak tapi cda satu pun TV kat Malaysia tok yang mok siarkan MAHAL glak ka kosnya? Entah lah. Apa2 pun untuk tidak mengecewakan peminat LIVERPOOL di Malaysia. Kat bawah ada beberapa link yang boleh kita guna untuk lihat Match utk malam tok secara LIVE woah sangat best.

Don't worry FREE jak pun asalkan line bgos asanya cda masalah nak tengok. Ada banyak link boleh cuba and maybe it kinda disappointed la kadang bla banyak sangat orang tengok dari server yang sama mungkin akan buatnya jadi slow. Disebabkan kadang cdak guna server yang bandwidth limited but don't worry ada banyak link boleh try hope salah satu laju jak la kan =)

Yang LINK diatas sekali is the best means selalunya link yang diletak dekat atas sekali ya selalunya laju dan jarang ada problem. Mun problem bleh try link-link yang lain k. My nasihat, jangan compare or mengata mana team just let the best team win. Boleh start klik link PUKUL 8 MALAM waktu Malaysia k =)



Kalo ada problem padah k. Adios amingos.......

Thursday 19 May 2011

Kenapa Belajar Marketing Itu Penting?!

Tadi tengah explore salespage budak-budak IM ni dan terjumpalah satu blog dia yang agak lucu kalo dibaca. Ianya pasal kenapa perlunya kita belajar dan memahi culture atau budaya orang lain. Setiap manusia itu memang berbeza-beza dan Allah jadikan ianya sedemikian adalah agar kita dapat saling mengisi kekurangan masing-masing agar dapat menjadi lebih baik macam lagu kumpulan Padi - Sahabat selamannya. Jom layan kejap



Ok sebelum melalut lebih jauh nak jawab persoalan kenapa perlu belajar marketing atau dalam bahasa Malaysia dia pemasaran. Pemasaran boleh dikatakan nadi atau penentu kejayaan sesetiap sesuatu dalam perniagaan sebab tujuan utama dia adalah untuk memberitahu orang ramai tentang kewujudan kita tentang kewujudan barang yang kita nak jual. Ok straight to the point, kenapa perlu belajar sebab kita kena tahu apa permintaan orang dan lain orang lain taste dia dan lain orang lain cara dia menilai sesuatu. Sebab tu kita kena belajar untuk memahami cara pemikiran dan kehendak orang agar dapat DELIVER mesej dengan betul. Tengok kat bawah ini cerita lucu daripada seorang Sales Manager Coca Cola.


Kisah dia macam ni ada seorang Sales Manager Coca ola ni yang baru balik dari Arab Saudi.

Rakan dia bertanya kepada dia:

"Adakah kamu berjaya ketika di Arab Saudi.."

Dia menjawab:

"Apabila aku dihantar kesana, aku sangat yakin akan dapat membuat jualan yang tinggi. Tapi aku menghadapi satu masalah iaitu aku tidak tahu berbahasa Arab kalau setakat beri salam tu aku pass dah. Maka aku pun bercadang untuk promosi dengan menggunakan susunan gambar"



Gambar pertama:
Seorang lelaki baring terlentang dibawah matahari di padang pasir yang panas akibat terlalu penat dan pengsan.

Gambar kedua:
Kemudian lelaki itu minum Coca Cola.

Gambar ketiga:
Dia segar kembali dan bertenaga terus berlari merentasi padang pasir.

Kemudian kawan dia pun berkata:
"Wah memang menarik simple dan mudah nak faham tentu ianya BERJAYA kan"

Dia menjawab:
"Sepatutnya sangat berjaya tetapi yang buat aku geram..TAK ADA seorang pun yang beritahu aku yang orang Arab ni baca dari KANAN ke KIRI.."

Pengajarannya:
Belajar dan fahami sesuatu dahulu sebelum buat keputusan..

Wednesday 11 May 2011

Nikah Dulu Baru Cinta

Hari tu layan cita How I Met Your Mother (bukan nak promote tau) adalah satu episod ni Ted watak dalam cita tu cakap macam ni
"Wedding is the perfect ENDING for the perfect love story.."
Yelakan semua orang ingin menamatkan kisah CINTA dorang dengan PERKAHWINAN yang mereka idamkan akan lebih membahgiakan lagi kehidupan dorang. Tapi bila kita tengok dari sudut pandangan dan perspektif ISLAM kita akan melihat satu perbezaan dari apa yang si Ted ini cakap. Ustaz saya kata mcm ni
"Wedding is the BEGINNING of the PERFECT love STORY.."
Dalam Islam kita diajar untuk NIKAH dahulu baru BERCINTA dan saya sangat sokong sangat pendapat ini =). Kadang kita terfikir kenapa ek orang yang BERCINTA bagai nak rak bertahun-tahun tapi bila dah KAHWIN rasa macam hilang NIKMAT kahwin itu. Dan kadang tu ada yang bercinta bertahun lamanya bila kahwin tahan cuma sebulan dua lepas tu CERAI. Masha'Allah apa nak jadikan dunia ni.

Dari pendapat sayalah, dorang berpisah sebab NIKMAT kahwin tu dorang dh rasa dh time BERCINTA ish3..Yelah suma menda yang SUAMI dan ISTERI buat suma dorang buat time couple2 kadang buat2 tak sedar HALAL HARAM suma tu. Kalo diizinkan aku nak kahwin terus je tak nak couple2 bleh elak dari wat MAKSIAT kan Insya'Allah harap jauh la suma tu.

Kena betulkan diri dulu belajar apa yang patut stabilkan ekonomi sendiri lepas tu kalo nak kahwin kahwinlah kan takda orang nak halang dah. Mungkin yang ni membezakan kenapa orang tua dulu-dulu dorang kahwin muda2 kadang tu tak kenal pun pasangan masing-masing tapi di suruh kahwin dan dorang kekal sampai sekarang sampai dijemput ajal. Kiranya dorang ni CINTA lepas kahwin la kan.

Tapi ramai sekarang ni kata kena bercinta dulu biar kenal hati budi memasing then baru kahwin..KATANYA..Tapi kalo dah couple2 pegang sana pegang sini kemudian hilang tu hilang ni last2 kahwin pun sebab TERPAKSA. Mungkin ni sebabnya pasangan kita bosan dengan kita kot. Lazimnya manusia ni makin kita TAK BAGI makin tulah dorang rasa macam alaa SPECIAL nyer budak ni memang susah nak dapat =). Nasihat sayakan BAGILAH apa korang nak bagi kat SUAMI atau ISTERI yang sah biar KAHWIN dulu biar ada IKATAN yang sah supaya BERKAT.
"Kalau seseorang itu benar-benar BERTANGGUNGJAWAB dia takkan bawa kita ke jalan yang GELAP.."
Dalam hidup ini kita hanya perlu mencari KEBERKATAN dalam hidup. Bila hidup BERKAT Insya'Allah BAHAGIA dunia dan akhirat. Jangan DIPENGARUHI dengan pemikiran MANUSIA yang menyatakan "BERCINTA dulu kemudian BERKAHWIN" adalah lebih BAIK dari "BERKAHWIN dulu kemudian BERCINTA" tetapi IKUTLAH ajaran ALLAH. Kita kena menilai apa yang telah diajar dalam ISLAM. Rasanya yang mana lebih PENTING kata-kata MANUSIA atau FIRMAN ALLAH?!

Kesimpulannya, jika kita ikut apa yang telah diajar Insya'Allah (dengan izin Allah) kita akan mendapat KEBAHGIAAN yang tidak dapat kita DUGA yang kita akan DAPAT. Jika Allah ingin MEMBERIKAN KEBAHGIAAN kepada seseorang DIA tidak akan boleh dihalang oleh apa-apa tangan sekali pun. Selagi kita percaya dan yakin dengan ketentuan Allah dengan dugaaan dan ujian Allah nescaya satu kehidupan yang tidak terhingga ELOKNYA untuk kita di dunia dan akhirat =).


"KLIK SINI! Cara dapatkan BARANG MURAH dan DIJUAL"

Jangan Salahkan Perempuan Jika Mereka Melihat Harta

Mungkin ramai yang salah sangka apabila seorang wanita itu menilai lelaki atau mencari pasangan pada harta mereka. Kadang tu kalo perempuan ok je bakal mentua pulak yang sibuk melihat harta lelaki itu. Kalo takda harta atau miskin peratusan keja reject amatlah besar. Duhai kaum Adam janganlah kamu berkecil hati jika melihat atau terjumpa dengan golongan yang sedemikian. Jadikan ianya sebagai satu cabaran hidup untuk menjadi LELAKI yang lebih baik =)

Jangan Salahkan Perempuan Jika Mereka Melihat Harta, Tetapi Salahkan Diri Sendiri Kerana Tidak Berharta...

Ini bukanlah bermaksud untuk menggalakkan seseorang itu untuk  menjadi marerialistik tetapi tujuannya adalah untuk mendidik seseorang itu lebih-lebih lagi lelaki untuk menjadi BERTANGGUNGJAWAB kan. Fikir macam ni nanti kita nak bagi anak bini makan apa kalo kita takda harta. CINTA memang penting dalam perkahwinan tapi tanggungjawab lebih penting. Siapa tak nak kan tengok ISTERI dan ANAK dia bahgia cukup makan dan pakainya.

Kita mungkin biasa dengar SEMUA manusia di dunia ini SAMA yang membezakan mereka adalah USAHA mereka untuk mengubah kehidupan mereka itu sendiri. Tuhan takkan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri TIDAK BERUSAHA untuk mengubahnyanya. Orang KURANG UPAYA pun boleh berjaya dalam hidup inikan pula kita yang NORMAL akal dan fikiran. Kalo tak percaya tgk video kat bawah ni bagaimana seorang yang dilahirkan takda tangan dan kaki boleh BERJAYA dalam hidup. Dia ada pendapatan yang STABIL stiap bulan sebagai BROKER dan part time SPEAKER. Jom layan jap.


Bukankah melihat pada HARTA itu antara tuntutan dalam ciri-ciri SUAMI yang dituntut dalam ISLAM?!
Bila nak sebut hal agama ni saya taklah pandai pun tapi antara perkara yang dilihat pada ciri-ciri suami dan isteri adalah pada agamanya, akalnya, jiwanya, HARTANYA dan keluarganya (mungkin susunan saya salah, sila betulkan saya). 

Dengan ajaran ini maka kaum ADAM itu sendiri haruslah rajin berusaha dalam mengumpulkan harta berlandaskan dengan tuntutan dan ajaran yang telah ditetapkan. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU dan bukannya asal ada harta terus dijanjikan hidup yang senang DUNIA dan AKHIRAT. Kadang kita dapat melihat berkatnya harta carian kita itu daripada harta itu sendiri. Kalo kita dapat melihat dalam hidup kita duit RM50 tu kalo kita dapat dengan cara yang berkat atau halal SATU MINGGU pun masih ada lebih lagi untuk buat belanja. Tapi kalo duit yang tak berkat tu RM500 kadang tak sampai satu minggu dah habis dah tak tau hilang mana beli barang biasa-biasa je pun kan. Itulah namanya BERKAT REZEKI kot =)

Untuk menjadi SUAMI yang baik itu HARTA bukanlah sukatan yang kita lihat tetapi HARUS ada. Sebelum memikul tanggungjawab yang besar itu yang penting PENUHKAN AKAL DAN DADA itu dengan ILMU-ILMU agama agar kita dapat membimbing ISTERI dan ANAK-ANAK kita ke jalan yang DIREDHAI ALLAH dunia dan akhirat. Ujian umat Nabi Muhamad akhir zaman macam kita ni memang BESAR sebab tulah Rasullah sayang kita lebih.


Pesanan akhir saya "Sesungguhnya KEMISKINAN itu menghampiri keKUFURan tapi kena INGAT walau banyak harta sekali pun kita DISURUH untuk hidup besederhana dan bukan MENUNJUK-NUNJUK sekelip mata je Allah boleh amek balik NIKMAT yang Dia beri tu.."


Friday 18 March 2011

Cara Cepat Mudah Dan Betul Belajar Al-Quran

Assalamualaikum suma,

Tentu ramaikan sekarang ni yang teringin sangat nak belajar cara membaca al-Quran dengan betul. Aku pun tak terkecuali la hehe. Aku ni baca al-Quran pun masih sangkut2 lagi ish3 apa nk jadi kat aku ni. Kadang tu bla nak hafaz sesetengah ayat tu amek masa berminggu untuk hafal. Nak kata ayat tu panjang tak la jugak. Sekarang ni tengah hafal surah As-Syam, sumanya ada 15 ayat tapi aku cuma baru hafal 6 ayat je. Hope dapat hafal habis soon. Amin.

Ok berbalik pada title post ni, aku kan kadang2 bila tengok orang baca al-Quran dengan tajwidnya dengan taranumnya son0k je. Setiap kali tengok dorg baca n dengar sering kali terfikir bila la aku bleh baca al-Quran macam dorang ni kan aku jeles sangat2. Aku kemudian cari la kt Google mana tau jumpa cara yang senang dan maka dari itu aku pun terjumpa satu web ni yang ajar kita cara nak menghafaz al-Quran cara JIBRIL. Wah..aku baca nama Jibril pun dh macam nak cuak je hehe..orang banyak dosa macam aku ni kan memang la macam tu hehe. Boleh klik kat link bawah ni untuk tengok web yang aku cakap ni sebelum aku cita lebih lanjut =)


Bila tengok web tu terasa nak sangat belajar yelah cara dia cakap memang meyakinkan. Aku nak jugak pandai baca al-Quran ni macam orang lain jugak. Paling aku malu bila tengok budak2 yang baca..mak oii malunya aku. Jom tengok dulu video budak ni baca al-Quran merdu sungguh.


Merdukan suara budak ni, suka aku dengar..dengan alunan taranum dia dah la tu jadi Imam pulak umo kecik lagi. Respect kat budak ni. Tentu korang pun teringinkan nak fasih baca al-Quran macam budak ni kan..um aku pun nak jugak. Kalo dapat baca macam dia dapat jugak aku join tilawah al-Quran. Tak menang tak kisah la janji dapat masuk. Aku selalu je doa semoga Allah melancarkan lidah aku untuk baca al-Quran ni.

Kat web tu pun ada cakap ada ramai dh cuba teknik ni dan ramai yang dah improve kat mereka punya bacaan dan ada yang dah dapat menghafaz surah Yasin. Pajang surah Yasin tu, aku surah As-Syam yang 15 ayat tu pun masih belum lagi ini kan pulak suray Yasin. Tapi niat aku memang nak hafaz surah Yasin selepas aku grade surah As-Syam ni =).  Tengok gambar kat bawah ni, ada ramai yang menghadiri seminar ustaz ni. Bleh klik kat gambar tu skali.


Dia kata sejak 2007 lagi dh dia mulakan program ni, tapi now dia ada buat dalam bentuk CD tau dapat la memudahkan orang2 yang jauh macam aku ni. Aku teringin jugak nak tanya Ustaz tu, dia tak nak buat kat Sarawak ke. Kalo ada nak jugak aku join kan yelah mana tau dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran ilmu2 Allah ni bagi kanak2 riang macam aku hehe..

Kalo bleh aku nk fasih baca dan tahu tajwid dan taranum ni sebelum aku kawen. (Cewah masuk bab kawen la pulak hehe..) Bukan apa aku nak, kalo bleh aku yang ajar isteri aku mengaji tak pun bleh mengaji sama2 kan. Bla dah ada anak nanti aku senri yang ajar anak aku..haa kan bez kalo macam tu kan. Oklah saudara2 ku sekalian, asanya sampai sini la bebel aku kali ni hehe..Tolong doa2kan aku fasih baca al-Quran k nanti kita bleh mengaji sama..insya'Allah kalo diizinkan =)

Daa..Wasalam..

Sunday 6 March 2011

She said: La Tahzan 4 Love (Jangan Bersedih Kerana CINTA)

Sejak Degree aku jumpa ramai muka2 baru, kenal ramai geng2 baru dan banyak lagi la menda baru. Bila kenal ramai orang2 baru maka disitulah aku mula kenal 'dia'. Mula-mula kenal aku cuma perasan 'sumting' tapi malas nak amek pot pun time tu. Maklum la kan masing2 bz nak urus hal study ni, nak register tu la nak meeting inilah, fotostate notes, beli buku dan banyak lagi.

Bila makin hari maka keja pun kurang so adalah masa untuk rapat dengan geng2 baru. Dh pandai bergurau dengan geng2 baru dan mula ingat nama dorang =). Aku baru kenal sorang ni budak kelaz aku jugak, aku pun tak tau knp aku suka sgt tgk dia. Teringin sangat nak tego n nak rapat dengan dia, tapi masa tu aku ingat janji aku yang aku takkan rapat sgt kt mana2 perempuan sbb Lecturer aku cakap, Sir Faisal, dia kata 'Tak baik bagi harapan kat orang, berdosa..' but now aku still jugak rapat dgn kaum Hawa ni aku pun tak tau kenapa. Mungkin sbb aku lebih mudah mesra dengan kaum Hawa kot banding dengan budak laki. Lagipun kt klaz aku tak ramai sgt budak2 laki ni.

Balik pada cita asal, kalo aku nak cita rupa 'si dia' ni takot ramai pulak yang tau sapa aku maksudkan so aku decide biarlah rahsia hehe..Aku suka tgk 'dia' sangat suka, cara dia cakap, cara pandang orang, cara pakaian, ayat2 yang dia guna. Kitorg jarang bercakap sbb dia ni bkn jenis yang rapat dgn kaum Adam, cakap pun bila perlu. Kalo korg pasan, ayat kaum  Adam kaum Hawa ni pengaruh dari dia la. Dia banyak bagi pengaruh kat aku tanpa dia sedar. Now apa yang paling aku suka, pengaruh dia terhadap cara aku menilai orang sekeliling.

Bila dh suka tu kan, aku cubalah merapatkan diri dengan 'dia' aku text dia aku call tapii dia tak layan sangat. Macam aku cakap td, dia tak layan sgt kaum Adam ni. Kalo korg tertanya2 mana aku dapat no dia, bla msk Degree aku d suruh untuk kutip yuran kt budak2 baru so aku minta la no phone sorg2 tmsk la 'dia' =). Sungguhpun layanan dia agak suram, aku still jugak try nak rapat dengan dia. Macam2 aku cuba tapi dia still suram. Bagi aku cuma ada 2 sebab je knp org tak layan satu sbb dia tak suka dan satu lagi sbb dia ada yang punya.

One day, aku text 'dia' agak pjg la jgk tapi part penting dia bunyi mcm ni '..sshkn mok rapat dgn ktk..' tapi 'dia' tak reply pun. Esok tu aku inbox FB dia sbb masa tu nk tanya psl maklumat untuk program kitorg Sabtu tu sbb masa register tu HEPA tak bagi apa2 maklumat sbb staff tu missed place kertas tu ish3. Dh try tanya yang len tapi seperti biasa takda yang reply text n answer my call hu~ Laz solution is to ask her =) mula igt dia tak eply tapi hehehe. Kat msg tu dia bagi la segala info, dan kat msg tu jgk dia sempat esplen everything. Everything that I asked about why we can't get closed.

p.s Mulanya igt nak copy paste EXACT msg yang dia bagi tapi bla pk balik tentu 'dia' tak suka kalo aku wat cmtu kan..so biarlah ORIGINAL msg tu hanya untuk mata aku je yang baca =)

Point penting msg dia lbh krg mcm ni, 'dia boleh berkawan dgn kaum Adam tapi tak boleh mesra, jika ada si Adam yang nak rapat dia akan jadi tak selesa dan akan mjauhkan diri' dia sambung lagi 'ada 2 reasons dia wat cmtu sbb nak jaga batasan antara kaum Adam dan Hawa dan satu alasan lagi sbb dia dh ada CALON'. Aku cakap kt 'dia' 'beruntungkan si Adam tu 'dia' sggup tggu' tringin je nak cakap kt dia words yang aku salu gtau kt my geng  "waiting is wasting" tapi entah knp time tu tak tercakap pun. 'Dia' sambung lagi yang dia perasaan sikap aku lately kt dia n dh lama nk gtau tp bla aku dh mulakan langkah dia beranikan diri untuk EXPLAIN everything.. Bla tau explanation dia, aku takda asa apa pun..tak sedih, tak kecewa, tak marah, tak luka n apa saja yang berkaitan, aku REDHA je.

Masa tu kita borak agak pjg n lama, cerita pasal diri pasal dia pasal kita. Kitorg guna inbox FB je time tu dan stiap perbualan kitorg dia akan kata La Tahzan..La tahzan especially 4 love =). Maksudnya Jangan Bersedih, jangan bersedih kerana CINTA..Dia tak nak aku bersedih n NO I'm not..Aku tak sedih pun tapi aku bersyukur sangat2 sbb ditemukan dengan 'dia'. Bagi aku there's always sum0ne better..B4 kenal 'dia' aku knl dan 'jatuh' kt beberapa orang. Sangat suka dorang time tu, tapi ending citanya kami tak bersama pun maksudnya no special relationship. Masa tu aku sering cakap, "Tak mungkin aku akan jumpa sum0ne better lagi lps ni" aku salu cakap macam tu. Kalo korg nak tau, 'si dia' ni org yang ke-3 aku jmpa setelah aku sering cakap tu". Now I believed there's always sum0ne better, sum0ne better 4 me sum0ne better 4 us. Mungkin sbb tu kot, bla 'dia' cakap dia ada CALON aku tak asa apa2 pon. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya kan =)

Aku cakap kt 'dia', aku doakan 'dia' bahgia dgn CALON 'dia' Amin. Aku takkan tggu 'waiting is wasting ma..' tapi aku akan terus berdoa, berdoa agar terus ditemukan dengan sum0ne better. Aku yakin, aku sangat yakin..One day..One Fine Day =) Sekarang aku salu perhatikan dia dari jauh, yelakan tu je yang mampu aku wat..hehe.. Tapi aku sedang merangka satu strategy, strategy untuk memenangi 'dia' cewah. Dr Rashidee salu cakap 'Best man win' mungkin aku patot jadikan kata2 itu sebagai matlamat aku =)

Maka sejak dari itu, aku salu dengar perkataan La Tahzan tak tau kenapa. Aku dgr kt Tv, kt radio, kat Youtube, kat blog. Sungguh bg0skn ayat itu, kalo carik kat dalam al Quran kita boleh jmpa ayat tu kt Surah at Taubah ayat 40. Yang berbunyi Laa Tahzan Innallah Ha Ma A'na. Atau dalam arab nya


Itulah serba sedikit kisah yang jadi kat hidup aku sejak masuk degree ni. Aku jumpa orang baru yang ubah pandangan aku kat orang. B4 I closed this entry, ada satu video yang nak korang tgk. Tengok sampai hbs tau. Bagi yang line connection slow please wait bcoz it worth it. Bla dh tgk smpe hbs video tu, kamu akan rasa 11 minit ibarat terlalu singkat. Trust me =)

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

Saturday 5 March 2011

Beruntung Ada Kawan Macam Mereka..

Salam suma..haa kan dh kata ria will update soon, even cla soon mana pun huhu. Dear all my fwenz, today I nak cita apa menda yang terjadi pada hari ini. So stressfull and so lucu hahaha..

Sebenarnya aini kitorang ada Common Test, Test QMT yang amat la memecahkan kepala otak neh adoyai. Bila dah nak test maka semalam memang teramat RAJIN la buka buku belajar. Belajar la sampai menonggeng sampai pukul 4 pagi ish3..Sebab tido lewat maka SUBUH pun MISSED astafirullah alazim apa nak jadi kat aku ni. Yelakan suka sangat nak study last minute PADAN MUKA. Time test tadi pun agak la megantoknya yang tidak terhingga.

Nak dijadikan cerita, aini Sylvia my fwen kata nak tumpang turun test sama-sama so kena bangun awal ckit amek dia dan kami pun bersama-sama menuju ke destinasi =) Nak dipendekkan cerita bila dh sampai kat Kampus UiTM aku baru sedar yang beg terlupa kat atas kerusi...uwaaaa..Dah la suma barang2 untuk aku test kat dalam tu pencil box, kertas graph, kertas A4, chewing gum, TOYOL, malaikat dan banyak lagi huhu.
Maka dari itu, otak pun mula berpusing, kelakuan macam caca baba yang tidak tentu hala. Apa aku nak wat, kalo stakat pinjam pen n kertas dpt la kot tapi tak suma orang ada calculator lebih hu~ Dah la bab2 pinjam ni aku jarang wat. Aku cakap kt Syl soh dia masuk dulu n reserve tempat. Aku pun terkapai-kapai la cari orang nak pinjam barang. Nasib bek la ada kawan yang dok kat Seri Serapi (asrama perempuan) tak jauh dari tempat letak kereta. Aku call suma geng yang dok kat sana, tapiiii....sorang pun tak angkat uhuk kesian kat aku. Mungkin dorang tgh sedap tdo la kan.

Usaha calling2 diteruskan sampai la aku naik fed up, ada kawan aku Nurain namanya yang nak kasi pinjam tapi dia kat asrama len agak jauh la takot pulak nak susahkan dia. Aku pun dok lepak depan Serapi blurr tak tau nak wat apa dah. Aku tak nak terlepas o tangguh test tak best bah mcm tu. Kemudian keajaiban berlaku, Allah memang nak uji aku ni tapi Dia tetap tolong aku Thanks God. Kebetulan aku terserempak dengan Winnie clazmate aku, aku lambai dia wat derk je hehe sebab dia ni rabun jauh bla dh dekat baru dia senyum sejuk ckit hati yang tgh gundah gulana ni tengok. Aku pun cita la masalah aku kt dia then dia pun cakap kenapa tak gtau awal2 bleh dia pinjam brg kt roomate dia. Tapi dia tetap tolong aku, dia balik ke bilik sambil berlari2 kecil yela kan jam pun dh pukul 8.45am masa tu n kitorang test kol9.

Terharu pulak aku dapat kawan yang sanggup tolong kan, Thanks Winnie =)

Tengah2 tggu Winnie aku terserempak pulak dengan Vallery, dari jauh dia dh senyum CUTE orang nya tau. Dia tanya "Apahal Ajoy?" maka aku pun cita la kat dia. Simple je dia jawab, "Ala ilek la jangan nebes2" n dia pun temankan aku tggu Winnie. Aku soh dia msk klaz sbb takot nti lewat, dia cakap takpa kita tggu sama, sweet kan. Bila Winnie datang balik dia bagi aku calculator then dia cakap yang len2 tu nnti dia bagi kat klaz.

Sampai kat klaz, suma dh datang dh full dah seat nasib bek ada lebih utk kami 3 lagipun Syl ada reserve satu seat. Sebelum TEST start, Winnie pinjamkan pen, pencil dan bagi kertas. Vallery pulak pinjamkan extra pembaris dia dan eraser pinjam dari Valeni sbb dia dok kat belakang hehe. Dorang ok je, mungkin aku je yang takot o berat sangat mulut nak minta tolong kan. Nway thanks kepada mereka yang menjayakan kisah cerita pada hari ini, SAYANG KITAK ORANG wahwahwah =)

Lebih kurang mcm ni la soalan yg memeninkan kepala dari sir..haha..takdalah saja hehe...Test ok je Alhamdulillah dapat jawab suma even agak la ssh nak jawab tapi so far so good. Bla pk balik agak lucu bila part2 penting cmtu bleh lupa plak menda2 penting ish3. Sepanjang test aku senyum je bla pk hal pg tadi huhu. Nasib bek la ada kawan yang boleh tolong kan kalo tak alamatnya hancus aku kena dgn Dr Hwa tapi Dr Hwa ni baek orang nya. Aku sangat2 BERSYUKUR ditempatkan dikalangan orang2 baek =)

Kew la geng nanti update lagi k nak cita pasal hati n perasaan plak untuk entry seterusnya hehe..Korg bleh la klik kt link nama yang aku bagi tu..add dorg pun takpa hehe sukati je aku ni haha..daa adios..Assalamualaikum...

Friday 25 February 2011

New Year New Path New Life

I know its really too late now to talk about new year but new journey happen everyday(apa aku merepek tok adoyai). For the past few months I keep telling myself to update my entry. I got a lot of new things to tell but when came the moment to write my story everything seem empty, gone, blur, blank. I guess it also happen to anyone else. I hope its not happen to me tonight.

I'm continuing my Degree now. Taking Bachelor in Marketing at UiTM Kota Samarahan, (UiTM di hatiku) something that I can only dream of before...but now here I am fullfiling my dream..Alhamdulillah. As the new journey begins, everything not seem so new to me maybe because I used to the culture. Culture of UiTM students that I've experienced during my Diploma.

I make some new friends especially in my class and now proud to say that everyone knows my name even I don't really remember some of them ;) (I will, just gives me some time). My first thought was I never make friends in my Degree even if I do maybe it takes time but now they are all my friends =)

Tadaa..here they are..only a few of them, the rest I'll post soon kew ;)

Dear new FRIENDS. I'm so glad meeting you all. Never thought it be this good to know you. Hoping we can be even closer day by day and care to each other. Thanks for accepting my existence among you all, I really appreciate it. 



I guess that all for this time. Will update new entry soon ;)

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...