Pages

Thursday 19 May 2011

Kenapa Belajar Marketing Itu Penting?!

Tadi tengah explore salespage budak-budak IM ni dan terjumpalah satu blog dia yang agak lucu kalo dibaca. Ianya pasal kenapa perlunya kita belajar dan memahi culture atau budaya orang lain. Setiap manusia itu memang berbeza-beza dan Allah jadikan ianya sedemikian adalah agar kita dapat saling mengisi kekurangan masing-masing agar dapat menjadi lebih baik macam lagu kumpulan Padi - Sahabat selamannya. Jom layan kejap



Ok sebelum melalut lebih jauh nak jawab persoalan kenapa perlu belajar marketing atau dalam bahasa Malaysia dia pemasaran. Pemasaran boleh dikatakan nadi atau penentu kejayaan sesetiap sesuatu dalam perniagaan sebab tujuan utama dia adalah untuk memberitahu orang ramai tentang kewujudan kita tentang kewujudan barang yang kita nak jual. Ok straight to the point, kenapa perlu belajar sebab kita kena tahu apa permintaan orang dan lain orang lain taste dia dan lain orang lain cara dia menilai sesuatu. Sebab tu kita kena belajar untuk memahami cara pemikiran dan kehendak orang agar dapat DELIVER mesej dengan betul. Tengok kat bawah ini cerita lucu daripada seorang Sales Manager Coca Cola.


Kisah dia macam ni ada seorang Sales Manager Coca ola ni yang baru balik dari Arab Saudi.

Rakan dia bertanya kepada dia:

"Adakah kamu berjaya ketika di Arab Saudi.."

Dia menjawab:

"Apabila aku dihantar kesana, aku sangat yakin akan dapat membuat jualan yang tinggi. Tapi aku menghadapi satu masalah iaitu aku tidak tahu berbahasa Arab kalau setakat beri salam tu aku pass dah. Maka aku pun bercadang untuk promosi dengan menggunakan susunan gambar"



Gambar pertama:
Seorang lelaki baring terlentang dibawah matahari di padang pasir yang panas akibat terlalu penat dan pengsan.

Gambar kedua:
Kemudian lelaki itu minum Coca Cola.

Gambar ketiga:
Dia segar kembali dan bertenaga terus berlari merentasi padang pasir.

Kemudian kawan dia pun berkata:
"Wah memang menarik simple dan mudah nak faham tentu ianya BERJAYA kan"

Dia menjawab:
"Sepatutnya sangat berjaya tetapi yang buat aku geram..TAK ADA seorang pun yang beritahu aku yang orang Arab ni baca dari KANAN ke KIRI.."

Pengajarannya:
Belajar dan fahami sesuatu dahulu sebelum buat keputusan..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...