Pages

Wednesday 11 May 2011

Nikah Dulu Baru Cinta

Hari tu layan cita How I Met Your Mother (bukan nak promote tau) adalah satu episod ni Ted watak dalam cita tu cakap macam ni
"Wedding is the perfect ENDING for the perfect love story.."
Yelakan semua orang ingin menamatkan kisah CINTA dorang dengan PERKAHWINAN yang mereka idamkan akan lebih membahgiakan lagi kehidupan dorang. Tapi bila kita tengok dari sudut pandangan dan perspektif ISLAM kita akan melihat satu perbezaan dari apa yang si Ted ini cakap. Ustaz saya kata mcm ni
"Wedding is the BEGINNING of the PERFECT love STORY.."
Dalam Islam kita diajar untuk NIKAH dahulu baru BERCINTA dan saya sangat sokong sangat pendapat ini =). Kadang kita terfikir kenapa ek orang yang BERCINTA bagai nak rak bertahun-tahun tapi bila dah KAHWIN rasa macam hilang NIKMAT kahwin itu. Dan kadang tu ada yang bercinta bertahun lamanya bila kahwin tahan cuma sebulan dua lepas tu CERAI. Masha'Allah apa nak jadikan dunia ni.

Dari pendapat sayalah, dorang berpisah sebab NIKMAT kahwin tu dorang dh rasa dh time BERCINTA ish3..Yelah suma menda yang SUAMI dan ISTERI buat suma dorang buat time couple2 kadang buat2 tak sedar HALAL HARAM suma tu. Kalo diizinkan aku nak kahwin terus je tak nak couple2 bleh elak dari wat MAKSIAT kan Insya'Allah harap jauh la suma tu.

Kena betulkan diri dulu belajar apa yang patut stabilkan ekonomi sendiri lepas tu kalo nak kahwin kahwinlah kan takda orang nak halang dah. Mungkin yang ni membezakan kenapa orang tua dulu-dulu dorang kahwin muda2 kadang tu tak kenal pun pasangan masing-masing tapi di suruh kahwin dan dorang kekal sampai sekarang sampai dijemput ajal. Kiranya dorang ni CINTA lepas kahwin la kan.

Tapi ramai sekarang ni kata kena bercinta dulu biar kenal hati budi memasing then baru kahwin..KATANYA..Tapi kalo dah couple2 pegang sana pegang sini kemudian hilang tu hilang ni last2 kahwin pun sebab TERPAKSA. Mungkin ni sebabnya pasangan kita bosan dengan kita kot. Lazimnya manusia ni makin kita TAK BAGI makin tulah dorang rasa macam alaa SPECIAL nyer budak ni memang susah nak dapat =). Nasihat sayakan BAGILAH apa korang nak bagi kat SUAMI atau ISTERI yang sah biar KAHWIN dulu biar ada IKATAN yang sah supaya BERKAT.
"Kalau seseorang itu benar-benar BERTANGGUNGJAWAB dia takkan bawa kita ke jalan yang GELAP.."
Dalam hidup ini kita hanya perlu mencari KEBERKATAN dalam hidup. Bila hidup BERKAT Insya'Allah BAHAGIA dunia dan akhirat. Jangan DIPENGARUHI dengan pemikiran MANUSIA yang menyatakan "BERCINTA dulu kemudian BERKAHWIN" adalah lebih BAIK dari "BERKAHWIN dulu kemudian BERCINTA" tetapi IKUTLAH ajaran ALLAH. Kita kena menilai apa yang telah diajar dalam ISLAM. Rasanya yang mana lebih PENTING kata-kata MANUSIA atau FIRMAN ALLAH?!

Kesimpulannya, jika kita ikut apa yang telah diajar Insya'Allah (dengan izin Allah) kita akan mendapat KEBAHGIAAN yang tidak dapat kita DUGA yang kita akan DAPAT. Jika Allah ingin MEMBERIKAN KEBAHGIAAN kepada seseorang DIA tidak akan boleh dihalang oleh apa-apa tangan sekali pun. Selagi kita percaya dan yakin dengan ketentuan Allah dengan dugaaan dan ujian Allah nescaya satu kehidupan yang tidak terhingga ELOKNYA untuk kita di dunia dan akhirat =).


"KLIK SINI! Cara dapatkan BARANG MURAH dan DIJUAL"

Jangan Salahkan Perempuan Jika Mereka Melihat Harta

Mungkin ramai yang salah sangka apabila seorang wanita itu menilai lelaki atau mencari pasangan pada harta mereka. Kadang tu kalo perempuan ok je bakal mentua pulak yang sibuk melihat harta lelaki itu. Kalo takda harta atau miskin peratusan keja reject amatlah besar. Duhai kaum Adam janganlah kamu berkecil hati jika melihat atau terjumpa dengan golongan yang sedemikian. Jadikan ianya sebagai satu cabaran hidup untuk menjadi LELAKI yang lebih baik =)

Jangan Salahkan Perempuan Jika Mereka Melihat Harta, Tetapi Salahkan Diri Sendiri Kerana Tidak Berharta...

Ini bukanlah bermaksud untuk menggalakkan seseorang itu untuk  menjadi marerialistik tetapi tujuannya adalah untuk mendidik seseorang itu lebih-lebih lagi lelaki untuk menjadi BERTANGGUNGJAWAB kan. Fikir macam ni nanti kita nak bagi anak bini makan apa kalo kita takda harta. CINTA memang penting dalam perkahwinan tapi tanggungjawab lebih penting. Siapa tak nak kan tengok ISTERI dan ANAK dia bahgia cukup makan dan pakainya.

Kita mungkin biasa dengar SEMUA manusia di dunia ini SAMA yang membezakan mereka adalah USAHA mereka untuk mengubah kehidupan mereka itu sendiri. Tuhan takkan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri TIDAK BERUSAHA untuk mengubahnyanya. Orang KURANG UPAYA pun boleh berjaya dalam hidup inikan pula kita yang NORMAL akal dan fikiran. Kalo tak percaya tgk video kat bawah ni bagaimana seorang yang dilahirkan takda tangan dan kaki boleh BERJAYA dalam hidup. Dia ada pendapatan yang STABIL stiap bulan sebagai BROKER dan part time SPEAKER. Jom layan jap.


Bukankah melihat pada HARTA itu antara tuntutan dalam ciri-ciri SUAMI yang dituntut dalam ISLAM?!
Bila nak sebut hal agama ni saya taklah pandai pun tapi antara perkara yang dilihat pada ciri-ciri suami dan isteri adalah pada agamanya, akalnya, jiwanya, HARTANYA dan keluarganya (mungkin susunan saya salah, sila betulkan saya). 

Dengan ajaran ini maka kaum ADAM itu sendiri haruslah rajin berusaha dalam mengumpulkan harta berlandaskan dengan tuntutan dan ajaran yang telah ditetapkan. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU dan bukannya asal ada harta terus dijanjikan hidup yang senang DUNIA dan AKHIRAT. Kadang kita dapat melihat berkatnya harta carian kita itu daripada harta itu sendiri. Kalo kita dapat melihat dalam hidup kita duit RM50 tu kalo kita dapat dengan cara yang berkat atau halal SATU MINGGU pun masih ada lebih lagi untuk buat belanja. Tapi kalo duit yang tak berkat tu RM500 kadang tak sampai satu minggu dah habis dah tak tau hilang mana beli barang biasa-biasa je pun kan. Itulah namanya BERKAT REZEKI kot =)

Untuk menjadi SUAMI yang baik itu HARTA bukanlah sukatan yang kita lihat tetapi HARUS ada. Sebelum memikul tanggungjawab yang besar itu yang penting PENUHKAN AKAL DAN DADA itu dengan ILMU-ILMU agama agar kita dapat membimbing ISTERI dan ANAK-ANAK kita ke jalan yang DIREDHAI ALLAH dunia dan akhirat. Ujian umat Nabi Muhamad akhir zaman macam kita ni memang BESAR sebab tulah Rasullah sayang kita lebih.


Pesanan akhir saya "Sesungguhnya KEMISKINAN itu menghampiri keKUFURan tapi kena INGAT walau banyak harta sekali pun kita DISURUH untuk hidup besederhana dan bukan MENUNJUK-NUNJUK sekelip mata je Allah boleh amek balik NIKMAT yang Dia beri tu.."


Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...